SUDAH lama 'Ratu Rok' Singapura, Nana Karia, membenam rasa kecewa tumpas dalam peraduan Singapore Idol (2004) yang menyaksikan Taufik Batisah dinobatkan sebagai juara.
Jika dahulu beliau teruja bertanding dan melantun suara emasnya kerana ingin dikenali, pada usia 36 tahun Nana hanya ingin tumpukan fokus pada usaha menjadi penghibur terbaik yang bertakhta di hati penonton.