SATU talian hotline akan disediakan bagi ibu bapa dan pelajar mendapatkan nasihat tentang pendidikan menyusuli pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O', Isnin ini.
Yayasan Mendaki akan menyediakan talian tersebut bagi ibu bapa dan pelajar berbincang dan mendapatkan nasihat mengenai peluang yang ada bagi pelajar mengikut keputusan peperiksaan GCE peringkat 'O' mereka.