Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nasihat usah minum air dari perigi di Pulau Ubin

Dec 22, 2015 | 02:21 PM



MUTU air perigi yang digunakan kedai makan di Pulau Ubin telah merosot, mungkin kerana pencemaran oleh najis manusia atau haiwan, atau permukaan tanah.


Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (21 Dis), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), agensi air negara PUB, Penguasa Tanah Singapura dan Lembaga Taman Negara (NParks) berkata semua kedai makanan di pulau itu kini dikehendaki memasak air secara berterusan sekurang-kurangnya satu minit sebelum menggunakannya untuk menyediakan makanan atau minuman bagi dijual.


Sebagai alternatif, mereka boleh menggunakan air botol atau air PUB dari tanah besar. Pulau yang mempunyai 38 penduduk itu dipercayai mempunyai kurang daripada 10 kedai makan.


Empat agensi itu berkata nasihat sama dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga pada Mac tahun lalu, apabila sampel air dari beberapa paip tidak memuaskan.


Mereka tidak menyatakan apakah ada sesiapa yang baru-baru ini jatuh sakit kerana minum air tercemar di pulau tersebut.


Tandas awam di pulau itu telah mempunyai pemberitahuan mengingatkan orang ramai supaya tidak meminum air dari paip, kerana ia diambil dari perigi dan tidak boleh diminum tanpa rawatan lanjut.


Lebih banyak pemberitahuan akan dipasang bagi memberitahu pelawat, ujar empat agensi itu.


Penduduk di Pulau Ubin juga telah dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga yang sama mengenai air yang digunakan untuk keperluan harian, termasuk memberus gigi atau mencuci pinggan mangkuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >