Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nathan: Mendiang Lee pemimpin luar biasa

Mar 23, 2015 | 03:40 PM



"Hari ini Singapura kehilangan seseorang yang termasyhur dan nasionalis terunggul - Lee Kuan Yew - meninggalkan kita dengan perasaan hiba.


Beliau seorang lelaki luar biasa dalam kalangan kita.


Beliau meninggalkan pusaka pencapaian, antaranya sebuah bandar yang bermasalah, etnik yang terbelah - menjadi sebuah negara yang menyediakan ruang dan satu impian masa depan untuk dicapai dalam masa 50 tahun.


Beliau meninggalkan metropolis yang dijanjinya pada 1965, akan dicapai negara ini.


Apa yang boleh dicontohi kita semua - penduduk negara ini - dan di mata dunia, adalah kisah yang masih belum ditulis mengenainya serta pencapaiannya.


Beliau muncul dalam kalangan kita ketika berlaku pergolakan politik pada 1950an.


Ketibaannya dalam bidang politik merupakan titik perubahan dalam sejarah politik moden Singapura.


Kaliber serta personaliti beliau membuat ramai berasa kagum.


Saya masih ingat dengan jelas kali pertama bertemunya sekitar 1967.


Saya telah ditugaskan untuk mengambil nota daripadanya.


Saya menghampirinya dengan rasa kagum, tapi kemudian beliau membuat saya terkejut di luar jangkaan.


Beliau menghampiri saya, dengan keprihatinan bak saudara dan membetulkan tali leher saya sambil berkata:


"Nathan, anda mesti ingat yang anda bukan lagi dalam Pergerakan Buruh."


Itulah satu detik paling saya hargai.


Memandang ke belakang, saya rasakan beliau seseorang yang dibentuk oleh politik semasa waktunya - fasa penjajahan sejarah politik keluar dari Asia pada abad ke-20.


Beliau berikan kita kepimpinan untuk dicontohi.


Maka memang wajar ada banyak kisah dan penghargaan di atas sumbangannya kepada sejarah politik Singapura serta politik rantau ini.


Sumbangan terbesarnya kepada kita adalah kekuatan yang beliau beri kepada kita di waktu kuasa pembinasaan sedang cuba menghapuskan kita dan mengubah Singapura menjadi negara komunis.


Beliau bantu kita bangun dan lawan balik, semua kuasa pembinasaan itu, biar pun wujud kekuatan yang terkumpul untuk menghapuskan masyarakat kita.


Kita akan merindui orang hebat ini. Semoga rohnya terus aman." - Mantan Presiden S R Nathan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >