Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NDP 2016: 5 detik ajaib yang tidak boleh dilepaskan

Aug 09, 2016 | 12:42 PM



Singapura mungkin telah mengadakan sambutan hari jadi paling besar untuk meraikan Jubli Emas tahun lepas, tetapi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini tidak diadakan secara sederhana walauapapun.



Dari alat peraga raksasa dan akrobat hingga ke dron dan piroteknik, ini merupakan antara tarikan yang anda boleh harapkan dari acara hari ini:



1. KEPULANGAN OMBAK KALLANG



NDP kembali ke Stadium Nasional di Kallang tahun ini buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun. Baru diubahsuai dan dibuka semula pada tahun 2014, arena ikonik ini telah menjadi tuan rumah bagi bintang-bintang terkenal seperti Michael Jackson dan Mariah Carey sejak ia dibina pada tahun 1973. Namun yang lebih penting, ia telah menyaksikan kelahiran raungan unik tersendiri Singapura - Ombak Kallang.



2. 'ABANG' BADANG



Selain Sang Nila Utama, NDP tahun ini akan menumpukan perhatian terhadap watak yang kurang dikenali dalam cerita rakyat Singapura, bernama Badang.



Menurut lagenda, nelayan purba Singapura itu memperolehi kekuatan luarbiasa daripada hantu dan menggunakan kuasa barunya untuk membantu penduduk kampung. Apabila dicabar untuk bertarung, Badang mengangkat sebuah batu besar di atas kepala dan mencampaknya ke dalam laut. Batu tersebut mendarat di muara sungai Singapura, di mana ia kemudiannya diletupkan pada tahun 1843, lalu dikenali hari ini sebagai Batu Singapura.



Nantikan lakonan semula cerita ini semasa perbarisan, lengkap dengan adegan pertempuran, pakaian berkilat dan api yang akan membuat konsert Madonna kelihatan 'jinak'.



Sebutan khas harus diberikan kepada Badang sendiri - dimainkan oleh penggiat teater berusia 38 tahun dan penyanyi band Rizman Putra Ahmad Ali. Pada satu ketika, lelaki diperbuat daripada keluli ini akan terbang ke atas musuh-musuhnya seperti adiwira, membuat kita ingin mengharap bahawa kita juga boleh terbang.



3. BUDAK LELAKI DAN UNICORN



September lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong memetik satu laporan yang mengibaratkan Singapura sebagai seekor "unicorn" semasa beliau berkata mengenai kualiti unik Republik.



Pada Hari Kebangsaan, "haiwan lain daripada yang lain dan ajaib" itu akan lari mencongklang di seluruh stadium berkilauan dengan kekayaan, melambangkan impian Singapura buat masa depan.



Menunggang unicorn itu adalah cilik comel Minejima-Lee Kai, 7 tahun, anak blogger terkenal Benjamin "Mr Miyagi" Lee. Penganjur perbarisan telah melakukan kerja hebat menciptakan haiwan mitos itu kelihatan realistik, dengan sebuah prop besar bergerak digantung daripada bumbung stadium, berdiri 2.7m tinggi dan 3m lebar, dan seberat 175kg.



4. BANDAR DI AWAN



Berdasarkan tema NDP tahun ini, "Membina Singapura Kita untuk Masa Hadapan", perarakan ini akan mengambil tema futuristik lebih lanjut dengan gambaran yang mengagumkan Singapura sebagai sebuah bandar terapung di awan.



Jangkakan lafaz kuat "oohs" dan "aahs" apabila "Bandar Langit" gergasi muncul dari bawah pentas melalui pintu perangkap - sebuah penampilan dunia khayalan ditetapkan bersama lagu Don Richmond, bertajuk "Rise".



Kelompok bangunan, dilambung dari bumbung stadium, berdiri sehingga tingginya enam tingkat dan seberat 338kg setiap satu.



Projektor akan menyalakan mercu tanda dikenali seperti Lapangan Terbang Changi dengan corak animasi psikedelik, memberikan rakyat Singapura sekilas gambaran apa yang akan datang dalam tempoh 50 tahun.



5. LAMBAK BUNGA API



Percikan berwarna-warni di langit tahun ini akan dicetuskan dari bumbung stadium dan tiga tongkang di Lembangan Kallang, menetapkan pemandangan untuk detik-detik wajar dipetik sepanjang sungai. Walaupun orang-orang bawah kubah tidak akan dapat melihat paparan di luar, mereka akan dihiburkan dengan pertunjukan bunga api dalam stadium pertama dalam sejarah NDP. Ia akan dicetus keluar dari 98 peti piroteknik, terbesar seumpamanya di stadium - kira-kira lima kali ganda jumlah digunakan semasa acara pembukaan dan penutupan Sukan Asia Tenggara tahun lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >