Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NDP 2017 akan diadakan di platform terapung Marina Bay

Aug 19, 2016 | 07:42 AM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun depan (2017) akan diadakan di The Float@Marina Bay.



Ini didedahkan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pada Khamis (18 Ogos) ketika bercakap dalam majlis menjunjung budi peserta NDP 2016 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands di Marina Bay Sands.



Beliau berkata NDP tahun ini adalah satu kejayaan, dan ramai bertanya di mana ia akan diadakan tahun depan.



"Di Stadium Negara, platform terapung atau Padang? Setiap tempat ada daya tarikan unik dan peminat dalam kalangan rakyat Singapura... kami telah memutuskan mengadakan NDP 2017 di platform terapung," ujar Dr Ng.



Beliau juga membayangkan NDP 2018 mungkin diadakan di Stadium Negara, tetapi menambah di mana sahaja ia diadakan, matlamatnya tetap sama - menyambut bersama-sama sebagai satu bangsa dan dengan satu hati hari lahir dan kemajuan negara.



Walaupun The Float@Marina Bay dibina sebagai tapak sementara NDP sementara Stadium Negara baru dibina, ia telah menjadi kegemaran sesetengah rakyat Singapura, kata Dr Ng.



Ia menjadi tempat sambutan Hari Kebangsaan Singapura pada 9 Ogos sebanyak tujuh kali sejak 2007. Dua sambutan diadakan di Padang.



Dr Ng berkata: "Ia satu-satunya tempat anda boleh mempunyai (unsur) udara, darat dan laut... Saya tidak fikir ada sembarang tempat di dunia di mana kita boleh mengadakan kesemua itu."



Beliau menambah NDP juga harus diadakan di The Float@Marina Bay sementara ia masih ada kerana ia tidak bertujuan menjadi tapak kekal.



Kos mengadakan NDP di Stadium Negara juga lebih tinggi.



Pada Mac lalu, Dr Ng berkata di Parlimen bahawa pementasan NDP 2016 di Stadium Negara dijangka menelan belanja $39.4 juta, kira-kira dua kali ganda kos di platform terapung Marina Bay.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >