Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NDP: Pemohon berjaya boleh ambil tiket mulai Jumaat

NDP
Jun 08, 2016 | 03:11 PM



PEMOHON yang berjaya mendapatkan tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini telah dimaklumkan oleh Jawatankuasa Eksekutif NDP melalui nombor telefon yang diberi mereka.



Mereka boleh mengambil tiket mereka dari 10-19 Jun, antara 10 pagi dan 9 malam setiap hari, di Kallang Wave Mall Atrium, umum Jawatankuasa Eksekutif NDP 2016 dalam satu kenyataan.



Pemohon dikehendaki mengemukakan kad pengenalan (NRIC) atau kad pengenalan diri bergambar yang sah bagi pengesahan semasa mengambil.



Mereka juga boleh membenarkan wakil mengambilnya dengan menandatangani Surat Pengesahan daripada laman web NDP.



Wakil juga dikehendaki membawa kad pengenalan bergambar dan salinan muka depan dan belakang kad pengenalan pemohon asal.



Lembaga Warisan Negara akan melancarkan sebuah pameran bergerak bertajuk 50 Tahun Perbarisan Hari Kebangsaan, yang mempamerkan acara utama perbarisan lalu.



Ia akan berada di Kallang Wave Mall semasa tempoh mengambil tiket NDP sebelum bergerak ke pelbagai lokasi hingga 9 Ogos.



Tiket NDP sama sekali dilarang dijual, dan kegagalan mengambilnya selewat-lewatnya pada 19 Jun akan menyebabkan ia dibatalkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >