PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan merai warga Singapura dan semangat pasti boleh dan penyayang yang mereka papar dalam menjadikan negara ini tanah air tercinta.
Dengan tema 'Rakyat Kita, Tanah Air Kita', NDP kali ini juga mengajak warga Singapura bersatu bagi menghasilkan masa depan lebih baik untuk negara.