NEA: Cuaca besar kemungkinan panas sepanjang dua minggu akan datang

Cuaca diramalkan panas sepanjang dua minggu akan datang, dengan suhu naik hingga 9 darjah Celcius lebih tinggi daripada biasa bagi masa ini setiap tahun.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata pada Isnin (15 Mac) musim kering boleh menyaksikan suhu mencecah 36 darjah Celcius beberapa hari, dengan paras tertinggi pada hari lain daripada 33 hingga 34 darjah Celcius.

Data NEA menunjukkan suhu Mac biasa sekitar 27 darjah Celcius.

Mac paling panas yang dicatat di Singapura ialah pada 1998 apabila suhu purata 29.5 darjah Celcius, dan NEA berkata cuaca bulan ini "mungkin setanding".

Ramalan NEA bagi dua minggu akan datang berdasarkan tiga faktor: pengaruh fenomena cuaca El Nino - corak cuaca tidak normal melibatkan pemanasan Lautan Pasifik berhampiran Khatulistiwa; kehadiran jisim udara kering dan panas di seluruh rantau ini; dan berlakunya ekuinoks.

Semasa ekuinoks, yang berlaku dua kali setahun sekitar 20 Mac dan 22 Sept, matahari berada betul-betul di atas sekitar tengah hari. Cahaya matahari yang sampai ke permukaan Bumi panas terik dan menyumbang kepada suhu siang hari lebih tinggi.

Suhu maksimum harian yang dicatat pada minggu kedua Mac antara 34.5 dan 35 darjah Celcius.

Hujan bagi Mac dijangka di bawah paras normal, tetapi hujan pendek beserta guruh pada sebelah petang masih boleh dijangka pada empat hingga enam hari di beberapa kawasan di Singapura.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.