JUMLAH kes denggi di Singapura terus meningkat, dengan lebih 1,000 kes lagi dicatatkan sejak 10 Julai lalu, menurut maklumat Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Berdasarkan laman web NEA semalam, sebanyak 11,225 kes denggi dicatatkan sejak permulaan tahun ini. Ini bermakna jumlah kes yang dicatatkan naik sebanyak 1,113 kes berbanding 10,112 kes yang dilaporkan 10 Julai lalu.