Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA nafi pemerintah lakukan pembenihan awan

Sep 17, 2015 | 02:53 PM



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) menafikan khabar angin bahawa pemerintah sedang menjalankan operasi pembenihan awan bagi mengurangkan kesan jerebu untuk perlumbaan kereta Formula 1 hujung minggu ini.


Dakwaan itu, yang tersebar dalam talian, juga menggambarkan bahawa hujan yang dihasilkan berbahaya, dan menggesa orang ramai supaya menjauhkan diri daripada "air hujan yang dihasilkan menggunakan kimia" itu.


Dalam satu pos di laman webnya pada Khamis (17 Sep), NEA berkata dakwaan itu tidak benar. Ia juga menjelaskan "pemerintah tidak menjalankan pembenihan awan dan tidak mempunyai rancangan melakukannya".


NEA berkata tidak ada cara menyakinkan untuk mengesahkan keberkesanan pembenihan awan di Singapura, antara lain kerana saiz kecil negara ini.


Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan, turut menyangkal khabar angin itu di Facebook beliau.


"NEA tidak melakukan pembenihan awan dan tidak mempunyai rancangan melakukannya," tulis beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >