Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA perjelas kenapa PSI satu jam tidak disediakan

Oct 09, 2015 | 10:30 AM



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) tidak akan menyediakan bacaan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) satu jam, yang dicadangkan sesetengah pihak.


Ini kerana menukar data kepekatan pencemar mentah ke dalam bacaan PSI satu jam tidak disokong oleh kajian kesihatan, kata Cik Indrani Rajaram, pengarah projek dan ketua pegawai saintifik jabatan kawalan pencemaran NEA pada Khamis (8 Okt).


NEA mengira PSI dengan memasukkan data kepekatan bahan cemar ke dalam formula yang mengambil kira titik putus - had kepekatan rendah atas dan bawah yang diperolehi daripada kajian kesihatan.


"Jika esok, ada satu kajian kesihatan sangat ketat yang memberitahu kita bahawa (ada) kepekatan PM2.5 satu jam yang berbahaya, kami akan menggunakannya untuk membuat penukaran," katanya, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat.


Beliau menggesa orang ramai supaya menggunakan bacaan PSI tiga jam atau kepekatan satu jam PM2.5 - pencemar dominan semasa tempoh jerebu - sebagai "langkah petunjuk untuk membuat penyesuaian kepada kegiatan harian".


Cik Indrani menegaskan PSI tiga jam bukan pengukur sama ada mutu udara baik, sederhana atau berbahaya - jalur yang berdasarkan hanya PSI 24 jam.


NEA juga berkata ia sedang mencari cara meningkatkan antara muka pengguna pada aplikasi MyENV dan laman webnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >