AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang meneroka teknologi baru bagi mengawal pembiakan nyamuk yang membawa virus denggi. Antara yang sedang dikaji Institut Kesihatan Sekitaran (EHI) agensi itu ialah penggunaan nyamuk Aedes yang dijangkiti bakteria Wolbachia.
Kajian menunjukkan bahawa telur daripada nyamuk Aedes jantan yang membawa Wolbachia dengan nyamuk Aedes betina tidak akan menetas. Ini dapat membantu mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes dan sekali gus mengawal penularan denggi.