Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Netflix dan 'chill', sis

Feb 19, 2018 | 05:30 AM



IZINKAN saya membuat pengakuan.



Saya ketagih Narcos - bukan narkoba atau dadah, tetapi siri drama popular Netflix.



Beberapa hari lepas, saya tidak dapat tidur satu malam kerana terlalu asyik menonton drama itu menerusi skrin telefon bimbit saya.



Lenguh juga tangan.



Narcos berdasarkan kisah sebenar peperangan dadah di Colombia pada 1980-an dan perihal samseng dadah Pablo Escobar.



Siri tersebut begitu popular hingga menjadi inspirasi kepada pab yang dinamakan Escobar di Chinatown di Singapura.



Langkah itu dikritik kerana seolah-olah mengagung-agungkan Escobar.



Biro Narkotik Pusat (CNB) dan polis dalam satu kenyataan bersama minggu lalu berkata mereka "memandang serius individu dan pertubuhan yang memaparkan atau membuat rujukan yang menggambarkan penggunaan dadah atau kegiatan jenayah sebagai dadah".



Apabila CNB dan polis mengeluarkan kenyataan itu pada 9 Februari lalu, saya belum menonton Narcos walaupun siri tersebut sebenarnya telah diterbitkan sejak 2015.



Kini, belum sampai seminggu kemudian, saya sudah menonton hampir kesemua 10 episod dalam musim pertamanya. Ada tiga musim kesemuanya.



Begitulah daya tarikan Narcos, dan sebenarnya banyak lagi siri popular di Netflix.



Memang mudah ketagih Netflix kerana anda lazimnya tidak perlu menunggu untuk menonton episod seterusnya.



Inilah kelebihan wadah penstriman video seperti Netflix, yang memberikan kepuasan segera atau 'instant gratification'.



Kebanyakan episod sudah tersedia dan ini membawa kepada amalan 'binge watching' atau menonton mengikut nafsu.



Seperti 'binge eating', amalan ini juga memang tidak sihat. Anda perlu berdisiplin dan mengurus masa dengan baik sekali.



Apakan tidak, Netflix menawarkan ribuan tajuk filem dan siri televisyen, pada harga sekitar $11 hingga $17 sebulan.



Satu akaun Netflix boleh dikongsi sehingga empat orang atau empat skrin, termasuk telefon bimbit dan televisyen.



Sejak saya melanggan Netflix, saya mendapati diri saya lebih cenderung berkurung di rumah sahaja, apatah untuk keluar bersenam (alamak).



'Netflix and Chill' semakin menjadi gaya hidup (walaupun istilah ini sebenarnya mempunyai konotasi yang kurang elok).



Tetapi saya rasa sudah tiba masanya saya 'chill' dan mengatasi ketagihan Netflix ini.



Sudah tiba masanya saya berhenti menghadap fon dan kembali menatap buku-buku yang asyik dibeli tetapi belum habis dibaca.



Mungkin selepas satu episod Narcos lagi… #siscuba




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >