KHIDMAT televisyen Internet Netflix dari Amerika Syarikat yang menyalurkan pelbagai rancangan dan filem dari 190 negara yang kini telah diperluaskan khidmatnya ke Singapura, mendapat reaksi berbeza-beza dari pengguna setempat.
Ada yang merasakan ia pilihan alternatif kepada saluran kabel yang sedia ada sementara ada lagi yang bimbang jika bahan-bahan yang disiarkan kurang ditapis sesuai dengan aspek peka penonton tempatan.