PENULIS blog, Roy Ngerng, dibenarkan membayar wang saman malu kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebanyak $150,000 secara ansuran mulai 1 April ini.
Ngerng, 34 tahun, harus membayar $100 sebulan selama lima tahun dan setelah itu perlu membayar sebanyak $1,000 sebulan hingga dia melunaskan saman tersebut, demikian menurut peguam Encik Eugene Thuraisingam yang mewakili Ngerng dalam satu kenyataan semalam.