PERNIAGAAN gerai kuih Raya di beberapa pusat tumpuan pembeli di Johor Bahru (JB) tidak begitu rancak meskipun Aidilfitri semakin merangkak tiba.
Tinjauan Berita Harian mendapati bukan saja peniaga mengeluh kerana kekurangan pelanggan warganegara Malaysia malah pelanggan di satu pihak mendapati harga kuih Raya dan bahan-bahan keperluan menyambut Aidilfitri telah meningkat antara 10 dengan 30 peratus kerana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).