MEREKA asalnya ke Yaman kerana mahu menimba ilmu agama namun tiga warga Singapura akhirnya menyertai konflik bersenjata di sana dan kini dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataannya berkata Muhammad Razif Yahya, 27 tahun, telah pergi ke Yaman untuk memulakan pengajian agama di sebuah pusat pengajian di sana pada Januari 2010 sementara Amiruddin Sawir, 53 tahun, pula memulakan pengajian pada Julai 2013.