Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DI JOHOR BAHRU

Niat mula kerja baru, beri ibu wang tak kesampaian

Jun 10, 2016 | 05:30 AM



JUMAAT lalu beliau menghadiri sesi temu duga bagi pekerjaan baru.



Ahad lalu pula beliau ke Johor Bahru (JB) untuk memberikan ibunya wang bulanan sebelum bermulanya Ramadan.



Bagaimanapun, hasratnya mahu memulakan kerja baru dan menemui ibunya tidak kesampaian apabila Encik Zulkefli Haji Yusop, 48 tahun, terlibat dalam satu nahas langgar lari pada 7.35 pagi di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru menghala ke Kota Tinggi, berhampiran Lebuh Raya EDL, susur keluar ke Pandan dan maut di tempat kejadian.



Ketika ditemui di flat sewa keluarganya di Marine Terrace, balu Allahyarham, Cik Rohaya Zainal Abidin, 44 tahun, juruwang sambilan, berkata bapa empat anak berusia antara tujuh dengan 16 tahun itu bertolak ke Johor Bahru selepas solat subuh dengan menaiki motosikal bersendirian untuk ke Taman Pulai, tempat ibunya menetap bersama kakaknya.



"Jumaat lalu dia baru pergi interviu untuk kerja baru sebagai pemandu. Katanya dia yakin akan dapat pekerjaan itu sebab ramai yang sokong dan beri rekomendasi yang dia ini pemandu yang baik," ujar Cik Rohaya yang kebetulan menerima panggilan daripada pejabat tersebut semasa diwawancara Berita Harian Selasa lalu.



Panggilan tersebut mengkhabarkan bahawa permohonan suaminya dilulus dan beliau kini perlu menjalani ujian kesihatan.



Allahyarham Zulkefli, yang bekerja sebagai pemandu di syarikat lain sebelum ini, dikatakan menjadi mangsa langgar lari kenderaan Proton Waja berwarna oren sebelum diseret dari satu tiang lampu ke satu tiang lampu lain oleh kenderaan Perodua Myvi yang tidak sempat mengelaknya.



Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Daerah Johor Bahru (Selatan), Timbalan Superintenden Polis (DSP) Wan Zulfikri Wan Othman, semasa dihubungi berkata: "Selepas melanggar, dia (pemandu Proton Waja) itu tidak berhenti dan terus lari. Bampar (depannya) tertinggal dan melekat di tayar belakang motosikal.



"Mangsa terjatuh di lorong paling kanan dan datang sebuah kereta lagi, Perodua Myvi, yang membrek tetapi telah melanggarnya. Mangsa diseret lebih kurang 40 meter."



Menurut Cik Rohaya, dompet berisi kira-kira RM600 ($200) dan antara $200 dengan $300 serta dua telefon bimbit suaminya mungkin tercampak sama semasa kejadian.



Satu telefon bimbit itu tidak ditemui dan dompet yang dikembalikan kepada keluarganya pula hanya berisi RM20.



Pihaknya, tambah DSP Wan Zulfikri, masih cuba mendapatkan saksi kejadian untuk mengesan pemilik kereta Proton Waja itu.



Sementara itu, menurut teman rapat Allahyarham sejak kecil, Encik Mohamad Azan Salleh, 48 tahun, pemilik syarikat khidmat kereta mewah limousin, yang menghubungi Berita Harian berkata beliau perlu melakukan sesuatu demi teman karibnya itu.



Encik Mohamad Azan, yang juga penjamin semasa Allahyarham membeli motosikal, berharap ada pihak yang tampil memberi maklumat kepada polis.



DSP Wan Zulfikri berkata mereka boleh menghubungi Pejabat Trafik JB (Selatan) di talian 07-223-7977.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >