INSTITUT Pendidikan Nasional (NIE) telah memperuntukkan $1 juta bagi membiaya inovasi pedagogi dalam usaha menggalak inovasi dalam kaedah pengajaran (pedagogi) dan kajian.
Mengumumkan demikian di majlis pelantikan guru NIE di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) semalam, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, berkata inovasi tersebut kemudian boleh digunakan bagi program NIE dan di sekolah.