ORANG ramai boleh menikmati pelbagai hidangan yang disediakan khas oleh tiga cef selebriti Melayu tempatan sebagai sebahagian acara Dapur Sosial Warisan Akar anjuran Persekutuan Kulinari Halal Singapura (SHCF).
Mereka - Cef Sharizal Salleh (Cef Bob), Cef Siti Mastura Alwi dan Cef Iskander Latiff - akan menyediakan hidangan itu dari sekarang hingga 2 Ogos di Culinary Art Studio @ Kampong Glam di North Bridge Road.