Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nilai rahmah boleh dorong Muslim capai kejayaan tinggi

Jun 14, 2018 | 08:05 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berharap semangat gotong-royong yang ditunjukkan masyarakat Islam Singapura sepanjang sebulan lalu dapat terus diamalkan walaupun di luar bulan Ramadan.



Semangat ini akan mendorong masyarakat untuk sentiasa berusaha sebagai satu masyarakat bagi mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi, kata Encik Masagos dalam ucapan Hari Raya beliau semalam.



Ini merupakan kali pertama beliau menyampaikan ucapan Hari Raya itu selaku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam selepas dilantik memegang jawatan itu bulan lalu.

Namun tambahnya, ini hanya boleh dicapai oleh sebuah masyarakat yang benar-benar menjiwai nilai ‘Rahmah bermula daripada saya’.



“Setiap daripada kita bukan sahaja berusaha untuk mendatangkan kebaikan kepada kehidupan kita sendiri, tetapi juga menceriakan kehidupan orang lain. Masyarakat kita penuh bersemangat, beriltizam, dan bersatu padu. 



“Saya yakin bahawa setiap cabaran, walaupun sehebat mana, boleh diatasi jika kita tabah, bersatu hati, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita impikan,” katanya.



Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata beliau terharu dan bangga melihat semangat sebenar bulan Ramadan yang ditunjukkan oleh masyarakat Islam Singapura sepanjang sebulan lalu.



Sebagai contoh, masyarakat Islam setempat telah mengundang sahabat-handai daripada pelbagai kaum dan agama untuk berbuka puasa bersama-sama, baik di masjid atau di rumah. 



Selain itu, masjid juga penuh dengan jemaah yang datang bersama keluarga mereka untuk berbuka puasa, menunaikan solat jemaah dan meluangkan masa bersama, kata Encik Masagos.



Tambahnya, beliau amat tersentuh dengan mereka yang membantu golongan kurang bernasib baik secara sukarela, tanpa mengira kaum atau agama.



“Saya juga terharu melihat bagaimana anggota masyarakat kita menyumbang masa dan tenaga untuk membantu masjid dan badan masyarakat kita dengan sebaik mungkin, walaupun sedang berpuasa dan mempunyai komitmen masing-masing. 



“Inilah nilai murni yang penting dan terpuji dalam membina sebuah masyarakat Singapura yang penyayang dan inklusif,” katanya.



Dalam ucapannya, Encik Masagos turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua muslimin dan muslimat bagi pihak rakan Anggota Parlimen yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >