Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NKF buang CEO, 'tindakan kurang berhemat'nya tiada kaitan dengan kewangan yayasan

Nov 16, 2016 | 11:43 AM



YAYASAN Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah memecat ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Encik Edmund Kwok.



Tindakan yang dibuat oleh lembaga NKF itu berkuat kuasa pada Isnin (14 Nov).



Sementara itu, satu jawatankuasa eksekutif (Exco) tiga anggota yang dilantik oleh lembaga itu akan mengambil alih semua tugas dan tanggungjawab CEO hingga pertengahan Disember.



Jawatankuasa itu terdiri daripada pengerusi NKF, Encik Koh Poh Tiong, sebagai pengerusi, dan dua anggota lembaga, Encik Bennett Neo dan Encik Johnny Heng,



Mantan CEO NKF, Cik Eunice Tay, akan mengambil alih tanggungjawab CEO daripada Exco itu kemudian hingga CEO baru ditemui.



Usaha mencari CEO baru akan bermula tidak lama lagi, kata NKF dalam satu kenyataan pada Rabu (16 Nov).



"Lembaga NKF ingin memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan, termasuk pesakit, penderma, penyokong dan pekerja, bahawa tindakan kurang berhemat peribadi Encik Kwok tidak ada kena-mengena dengan kepimpinan kewangan kami," kata NKF.



"Operasi kami tidak memberi kesan dalam hal ini dan perkhidmatan kami kepada pesakit dan waris berjalan terus seperti biasa."



Encik Kwok mengambil tampuk kepimpinan NKF pada 2013, selepas berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi di bawah CEO ketika itu, Cik Tay.



Beliau sebelum itu menjadi naib presiden onkologi di Parkway Healthcare, dan pernah memegang jawatan di Hospital Tan Tock Seng dan Institut Kesihatan Mental.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >