DUA karyawan Melayu, Profesor Madya Hadijah Rahmat dan Cik Asnida Daud, merupakan antara 19 anggota panel perunding bebas yang ditugaskan menasihati Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dalam mengkaji bahan perpustakaan.
Dalam kenyataannya semalam, NLB berkata ia telah menubuhkan panel tersebut mula 1 April tahun ini bagi mendapatkan cadangan mengenai bahan yang dapat mencerminkan pandangan masyarakat.