Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karipap ‘bai’ laris macam pisang goreng panas

Mar 17, 2019 | 05:30 AM



GERAINYA kecil – padat dengan dua ketuhar besar, sebuah almari mempamerkan juadah yang dijual dan sebuah meja untuk kerja-kerja menguli dan membuat pastri.



Di meja itulah Encik Ismail Salim dilihat ligat menguli dan melipat pastri yang telah dibubuh intinya untuk dibuat karipap ‘bai’.



Isterinya pula, Cik Hamidah Ahmad, menyusun rapi karipap- karipap yang telah siap di atas dulang sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar untuk dibakar.



Cik Hamidah juga turut membantu melayan pelanggan yang datang dan pergi untuk membeli pelbagai jenis karipap rangup berintikan sardin, daging kambing dan kentang – jenis besar dan karipap mini.



Gerainya, Isha Curry Puff, yang terletak di Blok 79, Pusat Penjaja Circuit Road, dibuka dengan modal $8,000 sekitar dua tahun lalu.



Ia dipercayai satu-satunya gerai yang membuat dan menjual karipap di pusat penjaja di sini.



“Kedai karipap saya dikunjungi pelanggan yang mengetahuinya menerusi laman sosial Facebook yang diuar-uarkan oleh mereka yang pernah datang dan membelinya di sini. Ada yang menyebarkannya dari mulut ke mulut,’’ kata Encik Ismail, 57 tahun, ayah empat anak dan menetap di Balam Road.



Karipap di kedainya ini memang laris... macam pisang goreng panas!



Beliau menjual karipap daging dan ayam dengan harga $1.50 sekeping dan karipap kentang dengan harga $1.20.



Karipap mini dengan inti sardin, ayam dan daging dijual pada harga $2 bagi setiap tiga keping dalam satu bungkus plastik, sementara karipap mini beku berisi 10 keping dijual pada harga $4.50.



Beliau dan Cik Hamidah, 56 tahun, membuka kedainya dari 10 pagi hingga petang dan menutup kedainya pada setiap Ahad dan Isnin.



Beberapa pelanggannya menyatakan karipap hasil air tangan Encik Ismail sedap rasanya, berkulit tipis dan garing. Intinya pula padat.



“Tidak keterlaluan jika saya katakan karipap Encik Ismail adalah antara yang terbaik daripada karipap-karipap yang telah lama ada di pasaran,’’ kata Encik Johari Salman, kerani berusia 45 tahun, dari Tampines, yang sering membeli karipap di kedai Encik Ismail itu.



Encik Ismail menyatakan beliau membuka gerainya kerana mahu memanfaatkan pengalaman dan kemahiran membuat karipap ketika bekerja secara sambilan selama 10 tahun di kedai membuat karipap di Onan Road.



“Mula-mula saya kerja potong kentang saja. Tetapi lama- kelamaan, satu ditugaskan pula membuat karipap. Ia satu pengalaman yang sangat menarik.



“Sekarang ini, saya menjual lebih 50 keping karipap biasa dan 300 keping karipap mini sehari,’’ tambahnya yang pernah merancang menamakan gerainya sebagai Karipap Bawean kerana beliau mempunyai darah Bawean.



“Tetapi kaum keluarga saya semuanya tidak setuju kerana nama tersebut tak kena, kata mereka... karipap asalnya dibuat oleh orang Benggali,’’ kata beliau yang akhirnya menamakan gerainya sebagai Isha – singkatan nama beliau dan isterinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >