Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Norway negara paling bahagia di dunia, Singapura paling bahagia di Asia

Mar 21, 2017 | 10:14 AM



NEW YORK: Norway mengganti Denmark sebagai negara paling gembira di dunia dalam satu laporan baru yang menyeru negara-negara supaya membina kepercayaan dan kesaksamaan sosial bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat mereka.



Denmark, Iceland dan Switzerland masing-massing menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2017 itu, yang dikeluarkan oleh Rangkaian Huraian Pembangunan Lestari (SDSN), satu inisiatif global yang dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2012.



Singapura berada di tempat ke-26 - tertinggi dalam kalangan negara Asia tetapi empat anak tangga lebih rendah daripada tahun lalu.



Laporan tersebut berkata kesemua empat negara di tempat teratas itu mendapat markah tinggi dalam semua faktor utama yang didapati menyokong kebahagiaan: mengambil berat, kebebasan, kemurahan hati, kejujuran, kesihatan, pendapatan dan tadbir urus baik.



Negara di sub-Sahara Afrika, bersama Syria dan Yaman, adalah yang paling tidak bahagia daripada 155 negara yang dinilai dalam laporan tahunan kelima itu, yang dikeluarkan pada Isnin (20 Mac).



"Negara bahagia ialah yang rakyatnya mempunyai keseimbangan sihat antara kemakmuran, yang diukur secara konvensional, dan modal sosial, maksudnya tahap kepercayaan tinggi dalam masyarakat, ketidaksamaan rendah dan keyakinan terhadap pemerintah," kata Profesor Jeffrey Sachs, pengarah SDSN yang juga penasihat khas kepada Setiausaha Agung PBB, dalam satu temu bual.



Tujuan laporan itu, katanya, ialah menyediakan satu lagi alat untuk pemerintah, perniagaan dan masyarakat sivil membantu negara mereka mencari jalan lebih baik bagi kesejahteraan.



Ranking itu berdasarkan enam faktor - hasil dalam negeri kasar per kapita, jangka hayat sihat, kebebasan, kemurahan hati, sokongan sosial dan ketiadaan rasuah dalam pemerintah atau perniagaan.



Dalam kalangan negara kaya, perbezaan dalam tahap kebahagiaan mempunyai banyak kaitan bukan dengan wang tetapi "perbezaan dalam kesihatan mental, kesihatan fizikal dan hubungan peribadi: sumber tunggal terbesar kesengsaraan ialah penyakit mental", menurut laporan itu.



"Perbezaan pendapatan perkara lebih besar di negara miskin, tetapi malah penyakit mental mereka adalah sumber utama kesengsaraan," ujarnya.



China telah mencapai kemajuan ekonomi besar dalam tahun-tahun kebelakangan, tetapi rakyatnya tidak lebih bahagia daripada 25 tahun lalu - ia berada di tempat ke-79.



Amerika Syarikat merosot ke tangga ke-14, dek kurang sokongan sosial dan rasuah lebih besar. Langkah-langkah ekonomi yang pentadbiran Presiden Donald Trump cuba kejar akan memburukkan lagi keadaan, kata Profesor Sachs.



"Ia semua bertujuan meningkatkan ketidaksamaan - pemotongan cukai di peringkat atas, menolak orang keluar daripada penjagaan kesihatan, mengurangkan Meals on Wheels (program menghantar makanan kepada golongan susah) untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan. Saya fikir semua yang telah disarankan itu akan menuju ke arah yang salah," katanya.



Di Asia, Singapura diikuti Thailand (32), Taiwan (33), Malaysia (42), Jepun (51), Korea Selatan (56) dan Hong Kong (71), antara lain.



Yang menghairankan ialah Bhutan, negara Himalaya terkenal dengan meletak penekanan pada kesejahteraan dan bukan pembangunan ekonomi, berada di tangga 97, merosot daripada tangga 84 tahun lalu.



Kedudukan di tangga 10 teratas:



1. Norway



2. Denmark



3. Iceland



4. Switzerland



5. Finland



6. Belanda



7. Canada



8. New Zealand



9. Australia & Sweden (terikat)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >