Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTU perluas program kemanusiaan, sains sosial dengan 2 sekolah baru mulai Ogos 2017

Oct 31, 2016 | 02:53 PM



UNIVERSITI Teknologi Nanyang (NTU) sedang memperluas programnya dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial dengan menubuhkan dua sekolah berasingan, umumnya dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin (31 Okt).

Sekolah Kemanusiaan (SoH) dan Sekolah Sains Sosial (SSS) akan ditubuhkan pada Ogos 2017.

Pelajar jurusan Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pengajian Linguistik & Berbilang Bahasa dan Falsafah akan dimasukkan ke SoH. Mereka yang belajar Ekonomi, Psikologi, Dasar Awam dan Ehwal Global dan Sosiologi akan diletak di bawah SSS.

Dua sekolah baru itu akan ditempatkan di bawah Kolej Kemanusiaan, Sastera dan Sains Sosial, yang termasuk Sekolah Pengajian Komunikasi dan Maklumat Wee Kim Wee, dan Sekolah Pengajian Seni, Rekabentuk dan Media.

Pada masa ini, NTU menawarkan semua program kemanusiaan program sains sosialnya di Sekolah Kemanusiaan dan Sains Sosial (HSS).

Penubuhan dua sekolah baru itu akan membolehkan pengukuhan jurusan minor seperti Pengajian Bandar dan Alam Sekitar dan Asia Global, dan pengenalan program baru seperti Sains, Teknologi dan Masyarakat, dan Kesihatan dan Masyarakat, ujar NTU.

HSS semasa ditubuhkan pada 2004 dengan 60 pelajar Economi. Ia kini antara sekolah terbesar NTU dengan lebih 3,700 pelajar dan lebih 200 profesor dan pensyarah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >