Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTU universiti muda kedua terbaik di dunia

Apr 07, 2016 | 12:24 PM



UNIVERSITI Teknologi Nanyang (NTU) naik tiga anak tangga ke tempat kedua dalam ranking terkini Times Pendidikan Tinggi bagi universiti muda terbaik di dunia.



Ia mendahului Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, dan University Sains dan Teknologi Pohang Korea Selatan Sains dan Institut Tinggi Sains dan Teknologi Korea, yang mengatasi NTU tahun lepas.



Ecole Polytechnique Federale de Lausanne Switzerland mengekalkan tempat teratasnya.



Ranking 150 universiti bawah 50 tahun terbaik itu dikeluarkan pada Rabu (6 Apr) membandingkan universiti di bawah 50 tahun, berdasarkan penyelidikan, pengajaran, petikan, tinjauan antarabangsa dan pendapatan industri, dengan memberi timbangan lebih rendah pada reputasi akademik untuk mencerminkan ciri-ciri khas universiti muda.



Presiden NTU, Profesor Bertil Andersson, berkata: "NTU telah membuat kemajuan baik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan dan inovasi.



"Ranking terkini ini mencerminkan bakat dan dedikasi fakulti kami, mutu pelajar kami, kesan global penyelidikan kami yang semakin meningkat dan sokongan kuat daripada alumni dan rakan kongsi industri."



Beliau berkata kedudukan itu juga menunjukkan bahawa Asia ialah tempat yang baik untuk seseorang, dengan universiti Asia merebut empat daripada enam tempat teratas.



"Memandangkan mereka terus naik, persaingan... akan mempergiatkan lagi universiti di rantau ini berusaha untuk menjadi institusi pendidikan dan penyelidikan global terkemuka," katanya.



Encik Phil Baty, editor ranking Times, berkata senarai terkini itu mengesahkan status NTU sebagai salah sebuah universiti "paling menarik dan diberi perhatian" di dunia.



Beliau berkata NTU dinamakan sebagai universiti paling cepat meningkat tahun lalu, berdasarkan Ranking Universiti Dunia Times, dan berkata ranking terkini mengesahkan statusnya dalam kalangan elit dunia.



"Mencapai banyak dalam kewujudan hanya 25 tahun sedang universiti lain memerlukan masa pembangunan berabad, adalah luar biasa," ujar Encik Baty.



Universiti Pengurusan Singapura (SMU) tidak termasuk dalam ranking itu kerana ia dianggap sebuah universiti khusus, manakala Universiti Nasional Singapura (NUS), yang ditubuhkan pada 1906, tidak layak bagi ranking itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >