Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC akan dapat presiden baru minggu ini

Oct 27, 2015 | 09:15 AM



GERAKAN buruh akan mendapat presiden baru pada Khamis (29 Okt) dalam usaha menyegarkan kepimpinannya.


Presiden penyandang Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Diana Chia, tidak akan bertanding dalam pemilihan badan itu pada Persidangan Perwakilan Nasionalnya, yang bermula pada Selasa.


Pemimpin berusia 59 tahun itu presiden wanita pertama NTUC dan dilantik pada 2011.


Persaraan beliau, bersama dua lagi aktivis akar umbi kanan kesatuan sekerja, diumum oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada majlis jamuan malam NTUC pada Isnin malam bagi menandakan pembukaan persidangan tersebut.


Dua lagi pemimpin yang juga tidak akan bertanding dalam pelantikan ke dalam jawatankuasa pusat, badan pembuat keputusan tertinggi NTUC, ialah naib presiden, Cik Nora Kang, 60 tahun, dan setiausaha bagi ehwal kewangan, Encik Lim Beng Kuang, 59 tahun.


Pada 2011, NTUC melaksana peraturan pembaharuan kepimpinan yang menghendaki pemimpin kanan kesatuan secara sukarela berundur apabila mereka mencapai umur 62 tahun.


Jika tiga pemimpin itu bertanding dan menang, umur mereka akan menghalang mereka melengkapkan penggal penuh empat tahun, yang berakhir pada 2019.


Pelantikan ke jawatankuasa pusat diadakan setiap empat tahun.


"Mereka pemimpin kesatuan berkesan," kata Encik Lee mengenai tiga pemimpin itu.


"Mereka memahami kebimbangan pekerja, mereka tahu kepentingan negara, mereka telah mempengaruhi pemerintah dan membantu pemerintah melaksana dasar-dasar yang memberi manfaat kepada pekerja."


Menurut akhbar The Straits Times, sumber kesatuan berkata calon utama bagi jawatan presiden ialah dua naib presiden penyandang: Encik K. Karthikeyan, 56 tahun, dan Encik Edwin Lye, 45 tahun.


Encik Karthikeyan setiausaha agung Kesatuan Pekerja Industri Petroleum (UWPI) dan bekas Anggota Parlimen Dilantik dalam Parlimen lalu, sementara Encik Lye setiausaha agung Kesatuan Guru Singapura (STU).


Seramai 27 pemimpin kesatuan bertanding untuk merebut 21 kerusi dalam jawatankuasa pusat. Antara mereka ialah setiausaha agung Chan Chun Sing, yang menghadapi pemilihan kesatuan pertamanya sejak menyertai NTUC tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >