Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC lancar lebih banyak sokongan bagi karyawan kehilangan pekerjaan

Mar 13, 2017 | 02:41 PM



KARYAWAN hilang pekerjaan kini mempunyai saluran baru untuk mencari latihan teknikal serta nasihat daripada rakan dalam industri yang mereka mahu sertai.



Lebih 60 sukarelawan daripada 16 industri, seperti keselamatan Internet dan perakaunan, akan berkongsi pengalaman dan memberi sokongan emosi kepada pencari kerja, di bawah program baru gerakan buruh, Pivot, yang dilancarkan pada Isnin (13 Mac).



Peserta juga akan dapat berjumpa jurulatih kerjaya, menghadiri ceramah oleh persatuan industri, mendapatkan latihan kemahiran insaniah dan teknikal, dan dipadankan dengan peluang pekerjaan jika sesuai.



Ia adalah yang terbaru dalam beberapa inisiatif yang bertujuan membantu golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan pemberhentian pekerja sedang ekonomi disusun semula.



Penolong Ketua Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Vivek Kumar, berkata Pivot akan mengumpulkan pelbagai program pembangunan kemahiran, bimbingan kerjaya, pameran pekerjaan dan bantuan rangkaian NTUC.



"Kami mahu membantu orang dalam peralihan, kumpulan karyawan yang menghadapi cabaran berkaitan gangguan dalam sektor mereka - sama ada yang kehilangan pekerjaan atau berasa mereka akan kehilangan pekerjaan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran program itu di Institut Pegawai Keselamatan Singapura.



Para sukarelawan itu daripada rangkaian badan dan persatuan karyawan U Associate NTUC dan telah menjalani sesi latihan oleh Persatuan Psikologi Singapura.



Pivot dikendalikan oleh U Associate dan Pusat Pekerjaan dan Kebolehgajian U PME NTUC. Ia peluasan Program Pengaktifan kerjaya yang NTUC lancarkan pada 2015, di mana pekerja lebih tua yang lama tidak bekerja boleh menerima sokongan rakan sebaya daripada sukarelawan yang telah melalui pengalaman sama.



Kira-kira 150 orang telah menyertai program itu.



Mereka yang berminat dengan program Pivot boleh melawat http://ntuc.co/findmypivot.



Pada majlis pelancaran Pivot, tujuh pertubuhan menandatangani perjanjian dengan U Associate, menjadikan jumlah keseluruhan kumpulan di bawah rangkaian itu sebanyak 58.



Minggu U PME akan diadakan dari 20 hingga 23 Mac, dengan 20 sesi diadakan oleh U Associate bagi membantu PME memahami trend pekerjaan dan inovasi masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >