Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANTIKAN PEMIMPIN BARU GERAKAN BURUH

NTUC lantik Ng Chee Meng, Koh Poh Koon ke Jawatankuasa Pusat

Apr 23, 2018 | 08:00 PM



 



 



ENCIK Ng Chee Meng, Menteri Pendidikan (Sekolah) merangkap Menteri Kedua bagi Pengangkutan telah dilantik ke jawatankuasa tertinggi  gerakan buruh, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dalam kenyataannya pada 23 April.



Beliau disertai Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan) Encik Koh Poh Koon dan kededua Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat itu akan berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Agung.



Dalam kenyataannya untuk mengumumkan pelantikan itu, NTUC berkata Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menyetujui permintaan Jawatankuasa Pusat NTUC untuk melantik pemegang jawatan baru bagi ‘memperkukuh kepimpinan Gerakan Buruh’.



Presiden NTUC Cik Mary Liew mengirimkan surat permintaan itu kepada Encik Lee pada 16 April.



Menurut NTUC, Jawatankuasa Pusat telah berhimpun untuk membincangkan tentang pelantikan Encik Ng dan Encik Koh sebagai Timbalan Setiausaha Agung jawatankuasa petang tadi.



Pengumuman ini adalah yang pertama dalam beberapa perubahan kepimpinan yang dijangka minggu ini.



Minggu lalu, Encik Lee mengumumkan bahawa rombakan Kabinet akan berlangsung minggu ini, menjejas hampir kesemua 16 kementerian. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >