GOLONGAN karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) merupakan golongan yang paling terdedah kepada pembuangan kerja pada 2015 dan terdapat peningkatan dalam bilangan PME yang mencari bantuan dalam isu pekerjaan, menurut Pusat Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) U PME.
Menurut Pergerakan Buruh itu semalam, Pusat NTUC U PME mendapati peningkatan sebanyak 265 kes PME yang ingin mendapatkan bantuan dalam pekerjaan dan keupayaan bekerja - daripada 253 kes pada 2014 kepada 518 dari Mac 2015 hingga Februari 2016.