KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah mengusulkan beberapa perubahan besar kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF), dengan 15 saranan bertujuan membantu pekerja mempunyai simpanan cukup bagi persaraan.
Penolong Setiausaha Agung NTUC, Cik Cham Hui Fong, berkata gerakan buruh itu menyarankan agar fleksibiliti diberi bagi pengeluaran jumlah pukal pada usia persaraan dan menaikkan kadar caruman keseluruhan bagi pekerja lebih 55 tahun.