UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) akan membuka lebih banyak peluang buat lulusan politeknik yang memaparkan keupayaan keusahawanan mengikuti pengajian peringkat ijazah mereka di universiti tersebut.
Ini menyusuli satu skim kemasukan baru yang diperkenalkan NUS untuk membolehkan lulusan politeknik merealisasikan semangat keusahawanan mereka dengan memanfaatkan ekosistem keusahawanan yang terdapat di universiti itu.