UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) telah diberikan 120 hari untuk menjalankan latihan perlindungan data peribadi wajib bagi semua ketua pelajar, selepas berlaku satu pelanggaran data untuk 143 sukarelawan pelajar di salah sebuah kolejnya.
Dalam keputusannya semalam, Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) mengarahkan agar latihan itu termasuk cara mengumpul dan menangani maklumat peribadi pelajar untuk acara pelajar seperti kem suai kenal.