Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS kekal universiti terbaik Asia bagi tiga tahun, NTU ketiga

NUS
Jun 14, 2016 | 11:13 AM



UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) mempertahan tempat teratasnya dalam rangking tahunan universiti Asia, manakala Universiti Teknologi Nanyang (NTU) meningkat satu tempat ke tempat ketiga.



Universiti Pengurusan Singapura (SMU) pula buat kali pertama memasuki rangking itu di tempat ke-60.



Perunding pendidikan dan kerjaya berpangkalan di London, Quacquarelli Symonds (QS), yang mengelaurkan ranking tersebut pada pagi Selasa (14 Jun), telah meluaskan senarai universiti terkemuka Asia itu bagi menyertakan 350 universiti terbaik di rantau ini, 50 lebih banyak daripada pada tahun sebelumnya.



QS juga telah menambah satu lagi kriteria penilaian - kakitangan mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) - untuk menambah satu lagi dimensi kepada analisisnya mengenai mutu pengajaran.



Ranking Universiti Asia QS menggunakan 10 petunjuk prestasi utama untuk membandingkan universiti Asia, termasuk reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah fakulti-pelajar, kertas kerja setiap fakulti, peratusan anggota fakulti dan pelajar antarabangsa, dan peratusan pelajar pertukaran masuk dan keluar.



QS berkata NUS, yang menduduki tempat pertama tiga tahun berturut-turut, mencapai markah penuh dalam empat kriteria: reputasi akademik; reputasi majikan; pujian bagi setiap kertas kerja, yang mengukur kesan penyelidikan; dan anggota fakulti antarabangsa, yang mengukur kemampuan sesebuah institusi menarik kakitangan dari seluruh dunia.



NTU juga mencapai markah penuh dalam empat kriteria: reputasi majikan; pujian bagi setiap kertas kerja; fakulti antarabangsa; dan peratusan pelajar pertukaran keluar, yang digunakan untuk menilai kejayaan sesebuah universiti dalam menjalin perkongsian antarabangsa dengan universiti di seluruh dunia.



Ketika diminta mengulas mengenai kemasukan SMU dalam ranking itu, QS berkata ia menyertakan institusi berusia 16 tahun itu tahun ini kerana ia kini menawarkan ijazah dalam sistem maklumat dan sains kemasyarakatan.



QS menyifatkan kedudukan SMU di tempat ke-60 sebagai satu "pencapaian besar" kerana ia bukan sebuah universiti menyeluruh.



Ia menambah bahawa SMU berada di tempat ke-25 di peringkat serantau dari segi pujian bagi setiap kertas kerja dan mencapai markah penuh bagi dua kriteria: fakulti antarabangsa dan pertukaran keluar pelajar.



Universiti Hongkong mengekalkan tempat kedua, manakala Universiti Tsinghua China naik enam tempat ke tempat kelima. Universiti Sains dan Teknologi Hongkong di tempat keempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >