NUS, NTU dalam senarai universiti terbaik di dunia lagi

DUA universiti Singapura mengekalkan kedudukan mereka di tempat 20 teratas dalam Ranking Universiti Dunia, membuat Republik ini satu-satunya negara Asia dalam kalangan universiti terbaik dunia dua tahun berturut-turut.

Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) kekal di tempat ke ke-12 dan ke-13 mereka masing-masing dalam Ranking Universiti DuniaQuacquarelli Symonds (QS) tahun ini.

Kedua-dua universiti melonjak dalam ranking itu tahun lalu, sebahagiannya disebabkan oleh perubahan dalam cara petikan penyelidikan dinilai, dengan NUS naik daripada tempat ke-22 ke tempat ke-12 dan NTU daripada ke-39 ke ke-13.

Universiti Pengurusan Singapura (SMU) memasuki ranking itu buat kali pertama tahun ini, dalam jalur 431-440. Ia mendapat markah tertinggi dari segi nisbah ahli fakulti antarabangsa.

QS, perunding pendidikan berpangkalan di London, berkata NTU menonjol dalam penyelidikan, menduduki tempat ke-64 di dunia dari segi petikan bagi setiap fakulti, manakala NUS diletak di tempat kesembilan dan ke-11 di peringkat global, masing-masing dari segi reputasi majikan dan akademik, setelah menerima markah sempurna dalam kedua-dua penilaian itu.

"Dalam menampilkan dua universiti dalam lingkungan 20 terbaik di dunia, Singapura kekal sebagai satu-satunya negara Asia yang diletak di kalangan seranai tertinggi dalam Ranking Universiti Dunia QS," ujar QS.

Universiti Asia ketiga terbaik ialah Universiti Tsinghua China, yang naik satu tempat ke kedudukan ke-24 tahun ini.

Ketua penyelidikan QS, Encik Ben Sowter, berkata: "Prestasi kukuh berterusan Singapura hasil kecemerlangan dalam seluruh spektrum penilaian kami. Dalam kebanyakan aspek, ada institusi lain yang boleh mendakwa mencapai prestasi lebih hebat dalam penunjuk kelakonan, tetapi sangat sedikit yang boleh bersaing secara menyeluruh."

Ranking QS menggunakan enam petunjuk - reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar-fakulti, petikan bagi setiap fakulti, nisbah pelajar antarabangsa dan ahli fakulti antarabangsa.

Institut Teknologi Massachusetts mendahului rangking itu buat tahun kelima berturut-turut. Stanford di tempat kedua sementara Harvard ketiga.

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.