Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS, NTU paling atas dalam satu lagi ranking universiti terbaik Asia

NUS
Jun 21, 2016 | 07:59 AM



BARU minggu lalu, dua universiti paling ulung Singapura menduduki tempat pertama dan ketiga dalam seranai universiti terbaik di Asia.



Minggu ini, mereka merampas dua tempat teratas dalam satu lagi senarai universiti terbaik Asia.



Universiti Nasional Singapura (NUS) mengambil tempat pertama, manakala Universiti Teknologi Nanyang (NTU) kedua dalam ranking Majalah Pendidikan Tinggi Times, yang berpangkalan di London, bagi Asia.



Universiti Peking menduduki tempat ketiga sementara Universiti Hong Kong keempat dan Universiti Tsinghua China kelima dalam ranking yang dikeluarkan pada pagi Selasa (21 Jun) itu.



Tahun lepas, NUS berada di tempat kedua, manakala NTU ke-10.



Editor ranking Pendidikan Tinggi Times, Encik Phil Baty, berkata: "Singapura telah mengesahkan tempatnya sebagai salah satu negara universiti terkemuka di Asia."



Beliau berkata kejayaan ranking Singapura hasil strategi fokus dan pembiayaan pendidikan tinggi besar dan berterusan daripada pemerintah.



"Kedudukan ini mengukuhkan Singapura sebagai kajian kes utama mengenai cara mencabar institusi barat elit dan menjadi bintang universiti yang semakin bersinar," ujar beliau.



Ranking Times menggunakan 13 petunjuk prestasi utama untuk mencerminkan kekuatan sesebuah universiti dalam lima bidang - pengajaran, penyelidikan, petikan, pendapatan industri dan tinjauan global.



Ranking university berlipat ganda dalam tahun-tahun kebelakangan dan pegawai universiti berkata ibu bapa dan pelajar semakin merujuk kepadanya.



Di sesetengah negara, pemerintah menggunakan ranking itu untuk membuat keputusan mengenai pembiayaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >