Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS universiti keempat paling antarabangsa di dunia

Feb 01, 2017 | 12:17 PM



UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) dinamakan sebagai universiti keempat paling antarabangsa di dunia oleh Times Higher Education pada Rabu (1 Feb), mengalahkan universiti terkemuka dari Britain dan Amerika Syarikat dengan kepelbagaian pelajar dan penyelidiknya.



Ia menduduki tempat keempat dalam senarai 150 universiti antarabangsa, lebih tinggi daripada universiti seperti Oxford, Cambridge dan Harvard, tetapi di belakang sebuah lagi universiti Asia, Universiti Hong Kong, yang menduduki tempat ketiga.



Di tempat pertama dan kedua ialah universiti Switzerland, ETH Zurich dan École Polytechnique Federale de Lausanne.



Ranking itu mengambil kira kadar pelajar antarabangsa, kakitangan antarabangsa dan penerbitan jurnal dengan sekurang-kurangnya seorang pengarang bersama antarabangsa setiap universiti.



Reputasi antarabangsa sesebuah universiti, yang membentuk 25 peratus daripada jumlah markah, juga dimasukkan dalam pengiraan ranking itu buat kali pertama tahun ini.



Ia mengukur nisbah undi antarabangsa berbanding undi domestik melalui tinjauan yang dijalankan secara undangan sahaja, yang meminta sarjana terkemuka menamakan universiti terbaik di dunia dari segi pengajaran dan penyelidikan dalam bidang mereka.



Presiden NUS, Profesor Tan Chorh Chuan, berkata kedudukan di tempat keempat itu adalah pengiktirafan kuat terhadap pendekatan global NUS bagi pendidikan dan penyelidikan.



Kira-kira lapan dalam 10 mahasiswa NUS berpeluang belajar di luar negara, termasuk mengikut program pertukaran pelajar selama satu semester di 300 universiti di lebih 40 negara.



Universiti itu turut bekerjasama dengan universiti luar negara bagi menawarkan lebih 70 ijazah berganda dan serentak bersama.



"Pendek kata, bagi meningkatkan hasil pembelajaran, kami membawa pelajar kami ke dunia, dan kami membawa dunia pembelajaran kepada pelajar kami di Singapura," kata Profesor Tan.



Beliau berkata NUS mengalu-alukan kakitangan fakulti bermutu dan pelajar dari seluruh dunia, dan kini mempunyai kakitangan dan pelajar dari 100 negara, yang membawa kepakaran akademik bernilai serta perspektif sosial dan budaya berbeza.



Encik Phil Baty, editor Ranking Universiti Dunia, Times Higher Education, Baty berkata: "NUS, dan sesungguhnya Singapura dengan lebih meluas, telah menjadi sebuah besi berani kuat bagi bakat antarabangsa - menarik pemikir dan sarjana terkemuka dari seluruh dunia, dan membentuk asas bagi perkongsian global menarik dan dinamik.



"NUS berdiri sebagai institusi perdana sebuah hab pengetahuan global sebenar."



Beliau menambah bahawa "universiti terbaik di dunia hidup atau mati bergantung pada keupayaan mereka menarik bakat paling bijak dari seluruh dunia", dan sesebuah universiti tidak boleh bertaraf dunia tanpa pandangan global, rangkaian global dan kumpulan bakat global.



Encik Baty bagaimanapun, memberi amaran bahawa perubahan sikap dan dasar ke arah imigresen di seluruh dunia berpotensi "menukar aliran bakat global dan mengubah keseimbangan kuasa dunia".



Beliau menyebut contoh Amerika dan Britain, yang sedang berusaha mengetatkan undang-undang imigresen mereka.



Senarai 10 universiti paling antarabangsa:



1. ETH Zurich



2. École Polytechnique Federale de Lausanne



3. Universiti Hong Kong



4. Universiti Nasional Singapura



5. Imperial College London



6. Universiti Oxford



7. Universiti Nasional Australia



8. Universiti Cambridge



9. University College London



10. Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >