Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS universiti No 1 di Asia, NTU makin meningkat

Oct 01, 2015 | 12:11 PM



UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) kini universiti paling terkemuka di Asia, manakala Universiti Teknologi Nanyang (NTU) terus meningkat dalam senarai universiti terbaik dunia.


Dalam Ranking Universiti Sedunia Times Higher Education yang dikeluarkan pada Rabu (30 Sep), NUS jatuh kembali satu tangga, selepas naik tahun lalu, tetapi muncul sebagai universiti paling terkemuka di Asia.


Universiti Tokyo, yang menduduki tangga pertama tahun lalu, menjunam 20 tangga ke kedudukan ke-43.


NTU pula naik enam tangga ke kedudukan ke-55 dalam ranking yang diterbitkan oleh majalah Times Higher Education itu, yang berpangkalan di London.


Prestasi baik NUS dan NTU itu menyusuli pencapaian cemerlang kedua-duanya dalam Ranking Universiti Sedunia Quacquarelli Symonds (QS) yang dikeluarkan dua minggu lalu - NUS naik dari tangga ke-22 ke tangga ke-12, manakala NTU di tangga ke-13, daripada ke-39.


Editor ranking Times itu, Encik Phil Baty, berkata: "Singapura kini mempunyai universiti No 1 Asia, NUS, dan NTU duduk di tempat tertingginya."


Institut Teknologi California ditangga nombor satu, diikuti Universiti Oxford dan Universiti Stanford.


Senarai Times itu dianggap sebagai salah satu rangking universiti yang lebih menyeluruh, menggunakan 13 petunjuk - termasuk penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan prospek antarabangsa - untuk menilai sebuah universiti.


Tahun ini ia menyenaraikan kedudukan 800 universiti dari 70 negara, bertambah daripada 400 tahun lalu.


Senarai 800 universiti terbaik itu membentuk hanya 4 peratus daripada institusi pengajian tinggi di dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >