Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NYP tawar kursus diploma baru bidang data, AI

Jun 10, 2021 | 05:30 AM



POLITEKNIK Nanyang (NYP) akan menawarkan satu kursus diploma baru bagi melengkapkan pelajar dengan kepakaran berkaitan data dan kecerdasan buatan (AI) bulan ini bagi penggal pengajian tahun depan.



Ditawarkan di bawah Sekolah Kejuruteraan NYP, Diploma Kecerdasan Buatan dan Kejuruteraan Data (Dade) itu sebahagian daripada Model Keupayaan Profesional (PCM) NYP yang dicipta bersama pemimpin industri dan lebih cenderung ke arah model yang mencerminkan kepakaran yang diperlukan di tempat kerja.



Pelajar dapat, antara lain, menggunakan matematik dan statistik di samping konsep dan softwe serta teknologi relevan untuk menyiapkan tugas tertentu.



Contohnya, mengumpul dan menganalisis data daripada sensor dan membentangkan hasil data itu kepada pihak pengurusan bagi mempengaruhi keputusan yang akan diambil.



"Dengan teknologi kini meninggalkan kesan terhadap semua sektor, terdapat permintaan tinggi bagi jurutera AI dan data.



"Mesin sekarang boleh melakukan tugas yang sebelum ini memerlukan kecerdasan manusia, seperti mengenali bentuk, membuat keputusan, dan menterjemahkan konsep pada kadar lebih pantas," ujar satu kenyataan NYP.



Salah satu ciri utama PCM ialah rakan kongsi industri akan mencipta bersama kursus tersebut dan mengajarkannya di samping pensyarah NYP.



Dalam kursus Dade, pakar daripadad OMRON Electronics akan mengajar pelajar cara menggunakan sistem pengesan bijak yang dihasilkan syarikat itu.



Pengetahuan asas AI daripada sebuah lagi rakan kongsi NYP, Microsoft Azure, akan digunakan untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di bawah kursus tersebut.



Pensyarah komunikasi politeknik itu pula akan bekerjasama dengan pakar teknikal untuk menunjukkan pelajar cara terbaik membentangkan hasil kerja dalam suasana perniagaan.



Dade merupakan diploma kejuruteraan pertama di Singapura yang menyatukan pembangunan kejuruteraan, AI dan kemahiran data secara menyeluruh.



Selain itu, NYP akan memindahkan Diploma Reka Bentuk Permainan & Teknologi (DGDT) untuk bernaung di bawah PCM.



Pengetua merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NYP, Cik Jeanne Liew, berkata PCM membentuk kurikulum yang amat relevan.



"Ia membolehkan NYP mengubah atau mengemas kini kemahiran yang ditawarkan kerana kami bekerjasama dengan pemimpin global yang boleh membentangkan cara teknologi berubah.



"Perkembangan baru boleh diselitkan dalam PCM, sementara bahagian tidak relevan lagi boleh dikeluarkan. Ini memastikan pelajar terus dilengkapkan dengan kemahiran relevan untuk menyempurnakan tugas dengan baik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >