`PRESIDEN Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, akan menjadi tuan rumah majlis makan malam negara bagi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Rumah Putih pada 2 Ogos, menandakan kali pertama Encik Lee diberi penghormatan dengan acara sedemikian.
Mengumumkannya kelmarin, Rumah Putih berkata kedua-dua pemimpin itu akan meraikan hubungan dua hala antara Singapura dengan Amerika Syarikat pada majlis makan malam itu.