Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Obama sifatkan Singapura, PM Lee sebagai 'rakan kuat teguh' Amerika

Aug 03, 2016 | 07:53 AM



WASHINGTON: Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyambut hubungan diplomatik 50 tahun antara Amerika Syarikat dan Singapura di Rumah Putih pada Selasa (2 Aug), dengan menonjolkan banyak cara dua pihak ini menyumbang kepada satu sama lain dan nilai-nilai yang dikongsi.



Dalam ucapan ringkas pada majlis sambutan agung bagi Encik Lee, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Amerika, di South Lawn Rumah Putih, Encik Obama menyifatkan Encik Lee dan Singapura sebagai "rakan kuat teguh".



"Hari ini, persahabatan dan kepentingan bersama menyatukan kita dalam usaha bersama mengejar satu wawasan sama - Asia Pasifik yang aman dan makmur dan dunia yang lebih selamat," katanya.



"Oleh kerana Amerika Syarikat telah mengimbangi semula dasar luar negara kepada Asia Pasifik, Singapura - dan Perdana Menteri Lee, khususnya - menjadi rakan kuat teguh."



Encik Obama juga mengulangi kenyataan beliau dalam satu temu bual dengan akhbar The Straits Times di mana beliau merujuk Singapura sebagai "saur" bagi kehadiran Amerika di rantau ini.



Beliau menyelitkan ucapannya dengan Singapura-isme, merujuk kepada "rojak" apabila bercakap mengenai masyarakat pelbagai budaya Singapura dan "pak cik dan mak cik" ketika berucap kepada kira-kira 2,000 hadirin di majlis tersebut.



"Di Amerika Syarikat, kita panggil diri kita wadah tumpuan pelbagai kaum, agama dan kepercayaan. Di Singapura, ia adalah rojak - bahagian-bahagian berbeza bersatu dalam harmoni," kata Encik Obama. "Kami disatukan oleh kepercayaan bahawa tidak kira siapa anda, jika anda bekerja keras dan mengikut peraturan, anda boleh berjaya."



Dalam ucapannya, Encik Lee bercakap tentang betapa hubungan itu telah maju berdekad-dekad sejak Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew pertama kali melawat Amerika pada 1967, serta peranan Amerika dalam pembangunan di Asia.



"Hampir 50 tahun kemudian, dunia telah benar-benar berubah. Perang Dingin sudah lama berakhir, dan ancaman komunisme telah hilang. Asia aman, walaupun ketegangan tidak hilang sepenuhnya... daya tahan, dasar dan tindakan Amerika telah menyumbang pada keamanan s dan kemakmuran sekarang," kata beliau.



Encik Lee juga berkata hubungan kukuh itu telah mengharungi banyak perubahan politik.



"Hubungan Singapura sendiri dengan Amerika Syarikat kekal teguh melalui sembilan presiden AS - lima Republikan dan empat Demokratik - dan tiga perdana menteri Singapura," ujarnya.



"Kami akan mengekalkan jalinan tidak berpihak ini dengan sembarang parti yang memenangi pilihan raya pada November."



Dalam satu kenyataan bersama dengan Encik Obama, Encik Lee berkata Singapura akan meningkatkan sumbangannya kepada usaha memerangi pengganasan di Iraq dengan menghantar pasukan sokongan perubatan Angkatan Bersenjata Singapura ke negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >