Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Olimpik: Mediacorp akan siarkan secara langsung akhirnya

Aug 05, 2016 | 10:58 AM



PENYIAR Mediacorp akhirnya mencapai perjanjian dengan pemegang hak siaran Dentsu bagi menayangkan Sukan Olimpik 2016 secara langsung, sehari sebelum perasmian temasya sukan itu pagi Sabtu (6 Ogos) waktu Singapura.



Peminat sukan boleh menonton acara temasya di Rio de Janeiro, Brazil, itu secara langsung setiap hari dari 6 hingga 22 Ogos di saluran Okto, saluran televisyen Mediacorp yang ditetapkan bagi sukan, dan empat saluran Toggle, yang percuma dan tidak memerlukan kotak atas set.



Dua pihak itu sebelum ini gagal mencapai perjanjian kerana Dentsu dilaporkan meminta bayaran AS$6 juta.



Pemerintah enggan campur tangan untuk menyediakan dana tambahan bagi mendapatkan hak siaran langsung.



Dipercayai bahawa Mediacorp dan Dentsu telah bertolak ansur bagi mencapai persetujuan itu.



Sebelum ini, Mediacorp akan menyiarkan secara langsung hanya upacara pembukaan dan penutup.



Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menganugerahkan hak penyiaran di 22 negara Asia kepada Dentsu pada 2013.



Team Singapore menyertakan 25 atlet dalam temasya itu, dengan perenang Joseph Schooling dan pasukan ping pong wanita mempunyai harapan memenangi pingat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >