OneMap IdeaWorks! SLA pamer huraian inovatif bagi atasi cabaran harian

DARI sebuah huraian demi mempertingkat penjagaan warga emas menerusi pemantauan pergerakan dan memberi amaran jika terdapat kecemasan kepada aplikasi telefon bimbit yang menghubungkan relawan dengan tempat di mana mereka boleh menghulurkan bantuan.

Ini antara huraian inovatif yang dipamerkan di Pameran dan Majlis Anugerah OneMap IdeaWorks! Penguasa Tanah Singapura (SLA) di HDB Hub Atrium hari ini. Majlis itu dihadiri tetamu terhormat, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam.

OneMap IdeaWorks! merupakan kempen tiga bulan dilancarkan pada Julai lalu yang mengumpulkan pakar teknologi, saintis data dan badan kemasyarakatan untuk membangunkan bersama huraian geospatial (data berkaitan dengan lokasi tertentu) bagi mengatasi cabaran harian yang dihadapi masyarakat dengan menggunakan OneMap baru dan data geospatial.

OneMap merupakan sistem peta bersepadu bagi agensi pemerintah yang memberikan khidmat berdasarkan lokasi dan maklumat.

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, lebih 30 rakan masyarakat dan agensi awam memperkenalkan cabaran yang dibahagikan dalam kategori masyarakat, khidmat sosial, sekitaran, kesihatan, pengangkutan dan warisan.

Masyarakat teknologi, termasuk pelajar dan karyawan universiti, politeknik, Institut Pendidikan Teknikal (ITE), start-up dan industri, kemudian menyahut cabaran tersebut dan mendapatkan idea serta huraian.

Sebanyak 22 kumpulan merangkumi 12 kumpulan dalam kategori sekolah dan 10 kumpulan dalam kategori terbuka mengambil bahagian dalam kempen.

Ketua Eksekutif SLA, Encik Tan Boon Khai, berkata:

“OneMap IdeaWorks! menunjukkan komitmen SLA untuk memperkembangkan ekosistem geospatial bagi mencipta bersama huraian inovatif yang memberi manfaat kepada masyarakat dalam kemajuan kami dalam menjadikan Singapura sebuah Negara Bijak.”

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.