Ong Ye Kung, Ng Chee Meng temui Najib, Hishammuddin di Langkawi

LANGKAWI: Menteri Kedua Pertahanan Singapura, Encik Ong Ye Kung, dan Menteri Kedua Pengangkutan, Encik Ng Chee Meng, bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pada Selasa (21 Mac) di pulau Langkawi.

Mesyuarat dengan para pemimpin Malaysia itu menekankan "hubungan hangat dan lama antara Singapura dan Malaysia", kata Kementerian Pertahanan (Mindef) Singapura dalam satu kenyataan.

Para pemimpin itu menekankan peri penting kerjasama pertahanan dua hala kukuh, menurut Mindef.

Mereka juga menegaskan komitmen pada rangka kerja pelbagai hala yang merupakan sebahagian daripada seni bina keselamatan rantau ini, seperti Aturan Pertahanan Lima Negara, Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus.

Encik Ong turut bertemu Timbalan Menteri Pertahanan Negara Turkey, Encik Suay Alpay, dan Setiausaha Negara Parlimen merangkap Menteri Pertahanan Perolehan British, Encik Harriet Baldwin, kata Mindef.

Menteri Singapura itu juga dijadualkan bertemu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Selasa.

Selain daripada pertemuan dua hala, menteri Singapura itu menghadiri perasmian Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2017 (Lima 17), di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri pada pagi Selasa.

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.