BERMULA 23 November tahun ini, operasi korporat bagi Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) di Bangunan CPF di 79 Robinson Road akan berpindah ke Novena Square Menara A dan B.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, CPF berkata pemindahan itu akan membebaskan ruang pejabat utama di Kawasan Pusat Bandar (CBD) bagi kegunaan yang bernilai lebih tinggi.