Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Operator pawagam alu-alu kelonggaran namun had 50 penonton jejas pendapatan

Jun 21, 2021 | 05:30 AM



OPERATOR pawagam tempatan mengalu-alukan langkah membenarkan makanan dan minuman dibawa ke dalam pawagam mulai hari ini kerana ia akan meringankan bebanan kewangan mereka.



Namun, had 50 penonton dalam satu dewan yang diteruskan akan menjejas pendapatan dan memburukkan keadaan yang sudah meruncing, jelas operator pawagam yang dihubungi akhbar The Straits Times (ST).



Hasil pendapatan pawagam di sini merosot pada anggaran 70 peratus tahun lalu, berbanding 2019.



Bilangan penonton kembali bertambah apabila Singapura memasuki Fasa 3 pembukaan semula ekonomi tetapi turun lagi sebanyak 80 peratus sewaktu Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat), tambah pengamat industri pula.



Jurucakap rangkaian pawagam Filmgarde yang beroperasi di tiga cawangan, Century Square, Bugis+ dan Leisure Park Kallang, berkata ia kini beroperasi pada tampungan kurang daripada 50 peratus.



"Had tampungan sebegitu tidak dapat mempertahankan kesinambungan perniagaan, khususnya apabila kos operasi tetap pada kadar yang tinggi dalam industri pawagam ini," jelas jurucakap itu.



Sejak 16 Mei, di bawah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat), undang-undang hingga 50 orang dibenarkan dalam sebuah dewan bagi setiap tayangan tanpa ujian praacara (PET) dilaksanakan.



Jarak selamat dan saiz kumpulan yang terbatas pada dua orang sahaja pula perlu diperhatikan.



Makan dan minum dilarang di dalam premis pawagam.



Kebiasaannya, dewan pawagam boleh menampung antara 100 hingga 200 orang.



Had 50 orang yang ditetapkan bagi setiap dewan kini bererti setiap dewan hanya beroperasi pada kadar antara suku hingga separuh tampungan biasanya.



Cik Karen Tan, pengasas pawagam bebas The Projector pula berkata, jualan makanan bukan sahaja unsur sampingan tetapi penting bagi model perniagaan pawagam dan daya tahan operasinya.



Namun, beliau tetap merasakan kelonggaran yang diberikan itu bermakna sedikit sahaja selagi had 50 penonton dikekalkan.



"Walaupun tampungan penonton boleh ditambah hingga 250 orang bagi setiap dewan dengan memanfaatkan PET, pilihan ini tidak memudahkan operator pawagam kerana harga setiap ujian itu lebih mahal daripada harga tiket wayang.



"Terdapat juga kos dan logistik yang diperlukan bagi menyediakan pentadbir ujian terlatih dan mengusahakan kawalan penonton di lobi pawagam," jelas Cik Tan.



Namun, di sebalik segala kerisauan, operator pawagam yakin filem 'pecah panggung' yang akan ditayangkan selepas tertunda kerana pandemik akan menarik pencinta filem kembali.



Jurucakap operator pawagam terbesar di Singapura, Golden Village Multiplex, yang mengendalikan 14 cawangan pawagam pula menjangkakan sambutan baik buat filem seperti Fast and Furious 9 yang akan memulakan tayangan pratontonnya Khamis ini.



Cathay Cineplexes yang mengendalikan lapan cawangan pawagam pula menantikan filem adiwira Marvel, Black Widow, yang ditayangkan pada 9 Julai ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >