Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang kedua kes tembakan Shangri-La dijel 7 tahun, sebat 3 kali

Dec 21, 2015 | 12:51 PM



SALAH seorang daripada tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian tembakan di Hotel Shangri-La pada Mei tlalu telah dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan sebat tiga kali bagi tiga tuduhan berkaitan dadah dan satu tuduhan bersubahat melakukan tindakan terburu-buru, hari ini.


Muhammad Syahid Mohamed Yasin, 26 tahun, merupakan salah seorang daripada dua penumpang dalam kereta yang dipandu Mohamad Taufik Zahar pada 31 Mei lalu.


Kereta Subaru Impreza yang dipandu Taufik itu telah diarahkan berhenti apabila mereka tiba di satu pusat pemeriksaan polis berdekatan Hotel Shangri-La.


Kawasan hotel itu dikawal rapi kerana Dialog Shangri-La diadakan di hotel tersebut ketika itu.


Syahid bagaimanapun telah memekik "Jalan, jalan!" kepada Taufik.


Taufik telah memecut kereta yang dipandunya itu dan terus merempuh adangan polis dan membahayakan nyawa pegawai di sekatan jalan raya itu.


Polis telah melepaskan tembakan pada kereta tersebut, menyebabkan Taufik mati. Polis kemudian menemui beg berisi heroin dalam kereta sewa itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >