Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ketujuh maut akibat denggi tahun ini

Aug 05, 2016 | 10:11 AM



DEMAM denggi telah meragut nyawa mangsa ketujuhnya tahun ini, membuat jumlah korban sejauh ini tiga lebih banyak daripada keseluruhan tahun lalu.



Mangsa berusia 79 tahun itu tinggal di Eastwood Drive, umum Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Khamis (4 Ogos).



Encik Velayuthar Kanapathypillai Ramachandra dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth Novena pada 30 Julai tetapi keadaannya semakin teruk dan beliau meninggal dunia pada 4 Ogos.



Anak beliau, Encik Krishna Ramachandra, 44 tahun, memberitahu akhbar The Straits Times bapanya mengadu pada Sabtu lalu bahawa beliau berasa letih dan lemah.



"Beliau sangat lemah dan tidak berdaya untuk berjalan," katanya.



Encik Krishna, seorang peguam, berkata beliau membawa bapanya ke hospital. Beliau tidak demam pada masa itu, katanya.



Mendiang, seorang pesara jurutera awam, disahkan menghidap denggi selepas ujian darah dan dimasukkan ke hospital.



Keadaannya stabil pada Ahad, tetapi merosot pada Isnin, kata Encik Krishna, pengerusi Kelab Bola Sepak Tampines Rovers.



Eastwood Drive, yang terletak berhampiran Bedok Road, adalah kelompok denggi aktif menurut kenyataan NEA itu.



Ia berkata operasi membunuh nyamuk dewasa dan memusnahkan tempat berpotensi menjadi habitat pembiakan nyamuk itu dijalankan sejak 13 Julai.



NEA juga telah menjalankan beberapa pusingan pemeriksaan di rumah-rumah dan kawasan luar, termasuk kawasan umum di estet itu.



Enam daripada tujuh korban denggi berusia lebih 60 tahun.



NEA memberi amaran bahawa sekarang adalah tempoh denggi biasanya memuncak, dan ia menjangka trend penyakit itu meningkat pada bulan-bulan mendatang.



Ia berkata data menunjukkan peningkatan stabil populasi nyamuk Aedes aegypti dalam masyarakat dan bilangannya kekal tinggi.



Lebih 10,000 orang telah dijangkiti virus bawaan nyamuk itu tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >